Thursday, June 17, 2010

nota utkku

astaghfirullah....
salah sangka yang melampau..
salah bagiku untuk berburuk sangka pada hawa yang begitu baik akhlaknya..
'aku lebih baik darimu'
bisik hati yang berajakan syaitan
syaitan manusia...
jelas sekali,aku iri padanya
jahil aku tentang agama
akhlakku yang bertentangan dengan apa yang aku zahirkan
apa yang aku zahirkan berbeda dengan apa yang aku impikan
mimpi solehah...
ah,layakkah aku???
tertanya aku sendiri...
senyum sinisku tujukan padaku
sinis sekali
usahaku yang tidak seberapa
bagai hangatnya najis ayam...
hawa tadi,
benar tiada salahnya
fitnah?tidak adil baginya
sedangkan hatinya getar teringatkan azab Tuhan
mengulas kembali dengan hematnya apa yang dikatakannya tadi
agar tiada yang berburuk sangka dengannya
tapi,aku....
cemburu dengannya
merenung adam di sisinya
yang hormat pada pandangan yang dilontarkan hawa itu
penuh hemah
aku cemburu....
iri...
ingin sahaja aku menfitnah mereka
namun,itu bukan aku.......
benar hawa itu indah akhlaknya....
dan aku cemburu dengannya......


"ya Allah,
perelokkanlah akhlakku,
sebagaimana Engkau memperelok ciptaanku....amin"

Tuesday, June 15, 2010

part4

bismillah.....
berat sekali ujian yg Allah anugerahkan buatku..
satu persatu menerjah kamar qalbuku..
aku jadi ragu2
hidayah ini memerlukan aku untuk terus berusaha mendekatiNya
aku terasa bagaikan lemas dalam ujian ini
gelap......gelita............
menyesakkan dadaku
dosa silamku terlalu besar untuk diampunkan..
namun,aku tertanya sendiri bertapa Penyayangnya Tuhan kita..
kasih pada hambaNya yang kerdil ini
begitu besar
cintaNya yang aku pohon
itulah yang aku peroleh
namun aku terlalu buta untuk menghargainya lebih dahsyat lagi berat sekali lidah ini untuk mengucapkan
"Alhamdulillah...."
hatta adakalanya aku tidak menzahirkannya


kadangkala aku tertanya sendiri
"mengapa dunia juga yang aku cari?"
"kenapa dunia jua yang aku tangisi?"
derai air mataku
terkilan dengan perbuatan aku itu..
terpanah dengan hujah sendiri
hisabku pada diriku
hasilnya mengecewakanku
benarkah aku sudah bertaubat?
atau memang aku hanya tahu buat?

dalam mujahadahku..
menentang hawa nafsuku,
syaitan
aku tidak tahu siapa yang menguasai dalam pertarungan ini
namun aku yakin
laungku
'PEMBELAAN ALLAH AKAN DATANG!ALLAHUAKBAR!!!!'

"ya Allah,janganlah Engkau pesongkan hati ini
stelah Engkau anugerahkan padanya hidayahMu...

Duhai Pemilik nyawaku,
jika Engkau menghabiskan hayatku,
maka rahmati daku dan ampunilah dosaku,
namun,jika Engkau membiarkan umurku panjang
maka peliharalah umurku dalam kebaikan sebagaimana Engkau memelihara umur hamba2Mu yang soleh..."amin..ya Rabb....

Saturday, June 5, 2010

Sinar mentari mencuri masuk dari celah2 jendala..bahangnya cukup terasa..membangkitkan insan yg sedang lena diulit mimpi…alhamdulillahil lazi ahyana ba’da ma amatana.wailahin nusyur…nurul bangkit dari katil malas2…lantas kakinya dituju ke dapur..”selamat pagi,mok!”ujar nurul sambil menguap..”pagi?matahari dah tegok kat palo baru nok bangun..hai,anak daro…nanti tak dok sapo nok masuk mine..hah,tu nok cari make la tu…tak leh la wat pee’ lagu tu anok daro weh..rezki payoh nok masuk…”bebel ibunya sebaik sahaja nurul melangkah masuk dapur…nurul hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal..mamai..’eh,aku nok g mano ni?mandi…hehe..saloh direction plok..’ngomel hati nurul sambil menghadiahkan senyuman pada ibunya..kemudian beralih arah ke bilik air..


“hah,yang ni namo dio burung buleh terbang..tengok wat masok lidi tu kat sini..tarik..hah,siap…comel ke?hoho..”ujar nurul sambil tersengih bangga..kanak kecil yang berhimpun mengelilinginya takjub..”wow,kak wat lagu mano tuh?nok2”rengek mereka..”hah,nok tengok so lagi..hop ni namonyo ore lidi..buleh bergerak2..nok tengok..”nurul mengambil sehelai daun kelapa..kemudian,mengisiknya..dilipat2 daun yang telah dikisik persis membuat origami..selang beberapa minit satu origami siap di tangannya..kanak disitu ketawa riang…”anok patong!haha”berderai ketawa kanak2 disitu…nurul turut ketawa dalam hilai mereka…suasana kampong saat itu merupakan satu rahmat buat nurul..terasa berat hatinya untuk meninggalkan kampong halamannya..cintanya ada disini..rengek manja anak kecil..hilai tawa mereka bagaikan satu penawar semulajadi yang dapat meredakan keresahan hatinya..lagi seminggu dia akan terus berada di kampong..kemudiannya,dia akan bermusafir ke kl untuk meneruskan pengajiannya..nasibnya disana menjadi percaturan masa depannya..dia juga resah untuk memikirkan hidupnya disana..kali pertama berjauhan dengan keluarga merupakan satu cabaran baru dalam hidupnya…segalanya akan akan berubah…dia akan sendiri dalam semua hal..tapi,tidak mengapa,alah bias tegal biasa..getus hati nurul..

Friday, June 4, 2010

part 2...

"aku rasa sungai nil sama mesir itu jodoh,"
"alangkah indahnya jikalau kita mendapat jodoh yang dikurnia Tuhan dari langit.."
"bukan dari langit tp dari hati.."*******

suasana malam itu dirasakan damai tatkala bayu malam menghembus lembut mengusap rambutnya.tenang jiwanya setenang air yang mengalir.simfoni dari desiran ombak di waktu malam lebih memberi ketenangan berbanding waktu siang.kehangatan bayu itu membuatkan dirinya lebih selesa dengan keindahan semula jadi di kampung halamannya..Langkawi..
segala bebanan resah tenggelam bersama2 ombak..
lama benar dia bergelar perantau,menagih ilmu yang sememangnya dia tahu tak akan habis jikalau diceduk berterusan sekali pun...andai kata laut ini dijadikan tinta dan bumi ini dijadikan hamparan untuk ditulis akan ilmu Tuhan memang tak akan habis ilmu itu..dan ilmu itulah yang membawa seorang hamba mengenali Tuhannya...cinta Tuhan pada hambaNya...kasih Raja pada hambaNya..itulah hakikat ilmu...namun hanya segelintir sahaja yang menyedarinya...kebanyakan mereka hanya memiliki ilmu untuk menyombong diri dan bermegah-megahan...mengejar dunia...dunia yang bakal hancur menjadi debu...dan hanya segelintir yang menyedari hakikat ilmu itu dan innalillahi wainnahi rajiun...bodoh sungguh manusia tertipu pada tipu daya ilusi...keindahan pada dunia itu hanyalah ilusi...ilusi maya...samalah konsep logamaya...panas yang membahang disangka air...ah,manusia...apa yang kau cari?getus shahrul geram..namun apakan daya dia juga manusia mengerti hakikat manusia pada nafsu...hanya iman yang membezakan kita semua...
"hai,hensem..jauh termenung."
shahrul tersentak dari lamunannya...lantas ditolehnya ke belakang...
Insyirah tersenyum melihat gelagat adik lelakinya itu..
"hai,teringat kat orang kl ka?"usik Insyirah..
shahrul hanya membalasnya dengan sebuah senyuman manis..
"abang,mak panggil masuk..da malam ni..tak elok anak teghuna dok kat luaq..meh.."gurau Insyirah tidak dapat menduga apa yang difikir adiknya itu..
"sat lagi cek masuk..akak masuk la dulu..."senyum shahrul membalas usikan Insyirah..
"hang masuk tau..jangan tidoq kat situ plak..hang tu baghu sampai..pi la rehat2 nu..hah,hang tau kan sok pak uda nak bawak hang pi kilang perabot dia..."ujar Insyirah.
shahrul hanya mengangguk...
"hm,bagus la..akak nak ingatkan ja..takpa la akak masuk dulu ye..hang jangan lama2 kat luaq ni..sejuk..."
Insyirah kemudiannya mengatur langkah menyusul ke dalam rumah meninggalkan adiknya yang masih berada di beranda rumah...Shahrul hanya mengekori Insyirah dengan pandangan anak matanya...
pandangannya sekali lagi dilepaskan pada laut lepas.."orang kl?"
dia mengeleng2kan kepalanya..tersenyum...
kemudian dia bangkit dari kerusi malas kemudian menyusul masuk ke dalam rumah.....

malam itu terus berlalu dengan rahsia2 alam yang begitu harmonis dengan simfoni tasbih makhluk Tuhan...

part 1...

Astaghfirullah..
Dugaan demi dugaan dia harus tempuhi…
Air mata bercurahan mengalir…dimana harus dia pergi?
Segala dusta dunia mempermainkan dirinya…cinta sejati terus terjerumus pada maksiat..
Kemana harus dia serahkan diri ini…terus terusan berada dalam kekeliruan……
Kenapa dia perlu mengulangi dosa itu walaupun dia telah bertaubat…
Ya Tuhan,kemana harus aku pergi?
Dugaan apa ini yg harus aku tempuhi?
Andai sakit ini adalah penawar pada dosaku…aku redha Ya rabb…
Cuma,..
Aku keliru…
Aku tidak tahu… aku jahil….
Air mata itu menjadi saksi…
Dan Engkau Maha Mengetahui….
Andai Rasulullah masih disini mahu sahaja dia mempelajari islam itu dari baginda…
Apa yg dicari dalam beragama?
Adakah tidak layak baginya cinta Ilahi?
Apakah dosanya dahulu menghalangnya dari memperoleh hidayah..
Apakah taubatnya tidak layak diterima?
Kenapa??
Kenapa dia harus merasakan dosa yg sama mengejar2 hidupnya…
Membayangi dirinya…
Kemana harus aku pergi?Ya Rabb…..